1.Kem Bahasa Arab
Program Bahasa Arab jarang diadakan kerana ia agak mencabar dan memerlukan kepada pengisian-pengisian yang boleh menanam minat dan tidak menjemukan peserta. Di samping itu, penceramah, guru pakar, pengendali bengkel dan fasilitator amat sukar didapati apatahlagi jika program menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya.
Walau apapun cabaran di hadapan, ATBA sedang merancang satu aktiviti “Mukhayyam Arabiy” (Kem Bahasa Arab) yang akan diadakan selama 2 hari satu malam. Program yang melibatkan semua orang peserta akademi ini, memberi peluang kepada peserta berinteraksi dengan pengendali bengkel dan fasilitator dalam Bahasa Arab sepenuhnya sepanjang program berjalan.
Matlamat kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar teknik-teknik penguasaan, kecemerlangan dan cabaran dalam subjek Bahasa Arab, memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari dan mendalami Bahasa Arab, menyedarkan para pelajar tentang prospek Bahasa Arab dan kepentingannya dalam kehidupan mereka, dan memberi peluang kepada pelajar berbincang & berinteraksi secara langsung dengan guru pakar tentang kemahiran-kemahiran dan tips-tips untuk cemerlang dalam subjek Bahasa Arab.
InsyaAllah perjalanan kem ini bermula dengan Ceramah Motivasi Bahasa Arab. Ceramah ini dapat menyedarkan peserta tentang kepentingan bahasa Arab dalam kehidupan mereka beragama dan bermasyarakat. Disamping itu dapat menjawab persoalanan peserta kenapa mereka perlu belajar Bahasa Arab dan cara-cara untuk menguasai Bahasa Arab.
Antara pengisian lain ialah: Bengkel Induksi Bahasa Arab yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
Bengkel Induksi 1: Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab.
Bengkel Induksi 2: Kemahiran Membuat Ayat.
Bengkel Induksi 2: Kemahiran Membuat Ayat.
Program permainan Bahasa Arab turut diperkenalkan dalam slot khas yang dinamakan Malam Bahasa. Disamping untuk menguji kecekapan peserta dalam menguasai Bahasa Arab, permainan ini juga bertujuan memupuk dan membentuk kerjasama antara ahli kumpulan dan mempelbagaikan teknik mempelajari Bahasa Arab.
Peserta juga turut mengikuti slot Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yang bermatlamat melatih peserta menyelesaikan latihan secara berkumpulan, dan membentuk kerjasama antara ahli kumpulan dan saling membantu antara mereka. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan supaya dikomen dan diambil manfaat oleh ahli kumpulan yang lain.
Setelah 2 hari 1 malam mengikuti program, program Mukhayyam Arabiy berakhir dengan perasmian penutup oleh Tuan Nazir MAM.
No comments:
Post a Comment