MUAT TURUN BORANG KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB PERBUALAN CUTI SEKOLAH.
SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH.
http://www.4shared.com/file/LAaH8YdP/BORANG_KURSUS_INTENSIF_BAHASA_.html
Monday, October 18, 2010
Thursday, October 14, 2010
Monday, October 11, 2010
BORANG KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB PERBUALAN CUTI SEKOLAH
MUAT TURUN BORANG KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB PERBUALAN CUTI SEKOLAH.
SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH.
http://www.scribd.com/doc/39140767/Borang-Kursus-Intensif-Bahasa-Arab-Perbualan-Cuti-Sekolah
SILA KLIK PAUTAN DI BAWAH.
http://www.scribd.com/doc/39140767/Borang-Kursus-Intensif-Bahasa-Arab-Perbualan-Cuti-Sekolah
060096b4-4f31-49c1-af36-6346bbfdda14
1.03.01
Friday, October 8, 2010
HUBUNGI KAMI
Sila hubungi;
Pengerusi,
Akademi Tahfiz & Bahasa Al-Quran (ATBA)
Masjid Al-Mukarramah
Jalan Saga SD 8/1,
Bandar Sri Damansara,
52200 Kuala Lumpur.
TEL: 03-6272 3944 FAKS: 03-6275 5481
H/P: 014-505 3002 / 012-466 4713
Email: atbamam@gmail.com
Sila layari http://atbamam.blogspot.com
AKTIVITI AKAN DATANG
3) KELAS KHAS BAHASA ARAB UNTUK BAKAL HAJI/ UMRAH.
Kelas khas Bahasa Arab untuk bakal haji dan umrah membuat persediaan untuk mengerjakan haji di Mekah dan sekitarnya. Peserta akan belajar dialog-dialog Bahasa Arab yang mudah yang dapat membantunya apabila berada di Mekah nanti, Bahasa Arab Saudi Mekah(bahasa pasar), memahami doa-doa semasa mengerjakan haji dan lain-lain pengisian.
Maklumat Kelas: Kelas akan diadakan sebanyak 4 kali sahaja selama 2 jam setiap kali kelas(satu kali seminggu selama sebulan)
Waktu & Hari:
Belum ditentukan lagi.
Tempat:
Belum ditentukan lagi.
AKTIVITI AKAN DATANG
1.Kem Bahasa Arab
Program Bahasa Arab jarang diadakan kerana ia agak mencabar dan memerlukan kepada pengisian-pengisian yang boleh menanam minat dan tidak menjemukan peserta. Di samping itu, penceramah, guru pakar, pengendali bengkel dan fasilitator amat sukar didapati apatahlagi jika program menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya.
Walau apapun cabaran di hadapan, ATBA sedang merancang satu aktiviti “Mukhayyam Arabiy” (Kem Bahasa Arab) yang akan diadakan selama 2 hari satu malam. Program yang melibatkan semua orang peserta akademi ini, memberi peluang kepada peserta berinteraksi dengan pengendali bengkel dan fasilitator dalam Bahasa Arab sepenuhnya sepanjang program berjalan.
Matlamat kem ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar teknik-teknik penguasaan, kecemerlangan dan cabaran dalam subjek Bahasa Arab, memberi motivasi kepada pelajar untuk mempelajari dan mendalami Bahasa Arab, menyedarkan para pelajar tentang prospek Bahasa Arab dan kepentingannya dalam kehidupan mereka, dan memberi peluang kepada pelajar berbincang & berinteraksi secara langsung dengan guru pakar tentang kemahiran-kemahiran dan tips-tips untuk cemerlang dalam subjek Bahasa Arab.
InsyaAllah perjalanan kem ini bermula dengan Ceramah Motivasi Bahasa Arab. Ceramah ini dapat menyedarkan peserta tentang kepentingan bahasa Arab dalam kehidupan mereka beragama dan bermasyarakat. Disamping itu dapat menjawab persoalanan peserta kenapa mereka perlu belajar Bahasa Arab dan cara-cara untuk menguasai Bahasa Arab.
Antara pengisian lain ialah: Bengkel Induksi Bahasa Arab yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
Bengkel Induksi 1: Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab.
Bengkel Induksi 2: Kemahiran Membuat Ayat.
Bengkel Induksi 2: Kemahiran Membuat Ayat.
Program permainan Bahasa Arab turut diperkenalkan dalam slot khas yang dinamakan Malam Bahasa. Disamping untuk menguji kecekapan peserta dalam menguasai Bahasa Arab, permainan ini juga bertujuan memupuk dan membentuk kerjasama antara ahli kumpulan dan mempelbagaikan teknik mempelajari Bahasa Arab.
Peserta juga turut mengikuti slot Latihan Dalam Kumpulan(LDK) yang bermatlamat melatih peserta menyelesaikan latihan secara berkumpulan, dan membentuk kerjasama antara ahli kumpulan dan saling membantu antara mereka. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan supaya dikomen dan diambil manfaat oleh ahli kumpulan yang lain.
Setelah 2 hari 1 malam mengikuti program, program Mukhayyam Arabiy berakhir dengan perasmian penutup oleh Tuan Nazir MAM.
Kelas Perbualan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah KINI DIBUKA!!
Setiap hari Sabtu setiap minggu, kelas pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Bermula 15 Oktober 2010.
DAFTAR SEGERA!!!
Yuran Bulanan RM50 sahaja..
KELAS BAHASA ARAB KOMUNIKASI DIBUKA SEKARANG
KELAS BAHASA ARAB PERBUALAN(KOMUNIKASI)
Bagi mereka yang berminat belajar Bahasa Arab dan mahu bercakap Arab, Akademi Tahfiz & Bahasa Al-Quran(ATBA) , Masjid Al-Mukarramah menjemput anda menyertai kelas berikut:
1)BAHASA ARAB KOMUNIKASI TAHAP 1 (DEWASA)
2)BAHASA ARAB KOMUNIKASI TAHAP 1 (REMAJA)
Kelas dibuka untuk pendaftaran :
Setiap hari Sabtu setiap minggu, kelas pukul 10.30pagi hingga 1.00tengahari. Bermula pada 2 Oktober 2010.
Atau;
Setiap hari Jumaat setiap minggu, kelas pukul 9.00malam hingga 11.00malam. Bermula pada 15 Oktober 2010.
Bagi mereka yang sudah belajar Bahasa Arab dan sudah mengetahui sedikit sebanyak tentang Bahasa Arab ataupun belum mengetahui asas-asas Bahasa Arab layak menyertai kelas tersebut.
Makluman: Kelas Bahasa Arab Tahap 2 akan dibuka dalam masa terdekat apabila peserta-peserta tahap 1 lulus menjalani ujian yang dibuat oleh pihak akademi.
Tempat Kelas : Semua program Kelas Bahasa Arab di atas bertempat di Pusat Sumber dan Dewan Muslimah, Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara Kuala Lumpur.
Penyertaan Kelas Bahasa Arab Komunikasi terhad kepada 20 peserta sahaja dalam 1 kelas.
Yuran Bulanan RM50 sahaja..
DAFTAR SEGERA SEMENTARA TEMPAT MASIH ADA!!!.
KEISTIMEWAAN PENGHAFAZ AL-QURAN
Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
-Ganjaran di dunia.
-Ganjaran di akhirat.
Ganjaran Dunia
- Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.
“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)
- Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
- Al-Quran menjanjikan kebaikan.
“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran Akhirat
- Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.
Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari , sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)
- Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong)
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
- Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
Subscribe to:
Posts (Atom)