Monday, September 27, 2010

Tentang ATBA

PENGENALAN:
Akademi Tahfiz & Bahasa Al-Quran (ATBA) adalah satu akademi di bawah naungan Masjid Al-Mukarramah (MAM) Bandar  Sri Damansara Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan untuk menyelaraskan program-program berkaitan dengan Tahfiz Al-Quran dan Bahasa Arab. Ia juga ditubuhkan selaras dengan tuntutan keperluan semasa yang secara umumnya menuntut pengajian Al-Quran dan Bahasa Arab. Jawatankuasa ATBA dianggotai oleh pegawai-pegawai MAM dan dibantu oleh tenaga-tenaga pengajar yang terdiri di kalangan pensyarah dan juga mahasiswa.



OBJEKTIF ATBA


  • Merealisasikan objektif, misi dan visi Masjid Al-Mukarramah khususnya dalam bidang pengajian Al-Quran sebagai kitab umat islam yang terkandung hidayah,rahmat dan syafaat, dan Bahasa Arab sebagai bahasa umat Islam; perbualan, ibadat, pendidikan, perniagaan dan kehidupan dunia serta akhirat.
    Melahirkan golongan huffaz dan generasi Al-Quran yang memahami dan mengamalkan isi kandungannya.

  • Menganjur aktiviti yang boleh meningkatkan daya hafazan dan mutu pembacaan Al-Quran.

  • Berusaha ke arah meningkatkan kemahiran dan penguasaan Bahasa Arab dikalangan semua lapisan masyarakat.

  • Membuat kajian dan modul-modul sukatan pengajian yang bersesuaian dengan masyarakat sebagai satu alternatif bagi mereka mempelajari Bahasa Arab.

  • Menganjur dan menyelaras semua program Bahasa Arab secara lebih teratur dan berkesan.

  • Berusaha untuk membangkitkan kesedaran dalam masyarakat dan cuba membudayakan Bahasa Arab dalam kehidupan mereka sebagai satu bahasa umat Islam dan bahasa komunikasi harian mereka.

  • Bekerjasama dengan pertubuhan dan organisasi Islam lain dalam menganjurkan program-program dan aktiviti-aktiviti Bahasa Arab.